Pada 16 Julai 2025, AFY Haniff telah menyertai Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) anjuran YB Noor Helmy, yang diadakan di sekitar kawasan DUN Duyong, Melaka. Program ini bertujuan membantu dan meringankan beban penduduk setempat yang kurang berkemampuan, selaras dengan semangat keprihatinan terhadap masyarakat setempat.
Seramai 50 penerima manfaat terdiri daripada golongan asnaf, warga emas dan keluarga berpendapatan rendah telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian. Setiap penerima menerima kotak sumbangan yang diisi dengan pelbagai barangan asas termasuk produk-produk keluaran AFY Haniff seperti SWIPEL Serai Wangi dan D’Menc Fabric Freshener.