💬 Perlukan Bantuan
RUMAH YANG SIHAT BERMULA DENGAN RUMAH YANG BERSIH
RUMAH YANG SIHAT BERMULA DENGAN RUMAH YANG BERSIH

“Wakil Rakyat Untuk Rakyat” DUN Duyong Bersama AFY Haniff dan YB Helmi

Pada 16 Julai 2025, AFY Haniff telah menyertai Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) anjuran YB Noor Helmy, yang diadakan di sekitar kawasan DUN Duyong, Melaka. Program ini bertujuan membantu dan meringankan beban penduduk setempat yang kurang berkemampuan, selaras dengan semangat keprihatinan terhadap masyarakat setempat. Seramai 50 penerima manfaat terdiri daripada golongan asnaf, warga emas dan keluarga berpendapatan rendah telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian. Setiap penerima menerima kotak sumbangan yang diisi dengan pelbagai barangan asas termasuk produk-produk keluaran AFY Haniff seperti SWIPEL Serai Wangi dan D’Menc Fabric Freshener.
Kehadiran YB Helmi bersama pasukan AFY Haniff menyerikan lagi program ini dengan sesi ramah mesra bersama para penerima. Program ini bukan sahaja memberi bantuan material, tetapi juga menyemai semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial antara syarikat dan komuniti setempat. Melalui penyertaan dalam inisiatif seperti ini, AFY Haniff terus komited untuk melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya di kawasan sekitar Melaka.
Chat Icon

Perniagaan dengan kami

Borang Perniagaan Bersama Kami

Khidmat Pelanggan

Borang Khidmat Pelanggan

Kerjaya

Borang Kerjaya